Isnin, 21 November 2011

GEMPAQ!! Projek Kerajaan Kedah Yang Bakal Lingkup!!


Merujuk video diatas, Adun Anak Bukit lebih banyak loyar buruk dari menjawab soalan. Setakat cakap dan memberikan fakta tanpa menunjukkan salinan aliran kewangan keluar dan masuk dari projek Keli-K, yang dipercayai sudah gagal, sesiapa pun boleh buat.

Mc tak nafikan projek ikan keli berjaya. Tapi yang menjadi punca masalahnya sekarang ialah, pemasaran. Dekat mana ikan keli tu hendak dijual. Kalau penghasilan dapat memberi 100kg, tapi permintaan hanya 20kg. Hasilnya tetap gagal.

Bagi yang tidak pernah masuk dalam bidang pemasaran ikan keli. Anda mungkin tidak mengetahui hakikat ini. Namun itulah masalah utama yang terjadi pada pengusaha-pengusaha ikan keli yang ada di Malaysia. Bukan hanya di Kedah.

Berapa banyak taukeh ikan keli yang gulung tikar apabila penghasilan lebih dari permintaan. Sebab tu Mc percaya projek ini akan gagal dan kerajaan negeri Kedah bakal mengalami kerugian atas tindakan membuat projek tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

Keli tak laku nak jual hidup, Depa kata nak buat projek keli dalam tin. Tahukah mereka bahawa, projek keli dalam tin ni dah lama dirancang. 3 tahun lepas pun ada syarikat dari Kedah pernah mengusahakannya, namun ia gagal apabila tiada permintaan dari dalam negeri mahupun luar negara.

Jika benar, sudah ada tempahan dari syarikat luar negara untuk memasarkannya, Mc minta kerajaan negeri mengkemukakan senarai D.O (delivery Order) kepada rakyat Kedah untuk membuktikan bahawa kerajaan Kedah berjaya untuk memasarkannya, tak kisah la dalam atau negara.
Bukan hanya dengan cakap kosong dan impian semata.

Orang susah nak percaya kerajaan Kedah ni, sebab banyak projek yang depa buat lingkup. Ura-ura mengatakan projek ini bakal lingkup pun sudah tersebar, oleh itu sila kemukakan bukti bagi rakyat Kedah yakin bahawa projek ini, bukan satu lagi projek yang membazirkan wang rakyat!!

McTheory:
banyak-banyak projek, balak dengan pasir ja la yang hidup..

Tiada ulasan: