Selasa, 1 November 2011

GEMPAR!! Apabila Pemuda Taliban Marahkan Ustaz AF!!



Apabila puak taliban tak mengaku mereka taliban. hehe..

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai “keterlaluan” menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar “jangan tiru Taliban” dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bulan depan.

“Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban,” kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Petang semalam, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan depan.


Sambil menganggap pandangan Asri sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau.

Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dalam penjelasannya, Asri berkata, tujuan beliau agar PAS dilihat lebih terbuka dan mampu menguruskan Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.

Katanya, PAS hanya perlu menggesa Jabatan Agama Pahang menghalang Muslim daripada menghadiri konsert itu.

“Jika bukan Muslim yang mahu Elton John seperti mana mereka memilih untuk minum arak dan judi, selagi tempatnya tertutup untuk mereka sahaja, itu adalah hak mereka,” kata beliau yang kini merupakan felow di Pusat Pengajian Islam Oxford.

Terdahulu dalam respons menerusi akaun Twitter pula, Asri berkata, beliau tidak kata pendirian Pemuda PAS itu salah dari segi nas, namun ia bukan pendekatan yang terbaik untuk PAS, komponen Pakatan Rakyat, dalam politik.

“Ada pilihan yang lebih baik,” kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia

Biasa la, mana ada orang gila mengaku dia gila. Mana ada orang jahat mengaku dia jahat. Cuba pergi tanya banduan dalam penjara, depa mengaku jahat tak? Sahih tak mengaku punya, sama juga macam puak Pemuda Taliban Pas ni.. hehe..


McTheory:
Marah benor nampak Tantawi.. hehe..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu la, kembang kempis idung terangkat jari mcm Sivaji bila hangin.

Ostad Nas, apa lagi pegila bawak 10,000 pemuda mujahidin PAS kasi gempur konsert tu sama kasino kat sana sekali kalau berani.

Cakap berapi mcm ni dah lama dgr dah, tp xjadi2 pun. xtaula penah jadi tp x masuk news. hahaha

Tanpa Nama berkata...

KP Pas Tongtaik. Hang settle dulu pelacuran di Kelantan tu. Ketua hang tu, spesis gay dan penggemar china doll bukan pejam mata kot? pro la sikit bro!!

Tanpa Nama berkata...

benci gay luar gay dalam negeri diorang sayang. pas pis pus