Ahad, 20 November 2011

GEMPARR!!! VIRUS SARUNG TETEK MENYERANG NEGERI KELANTAN



Air disahkan tercemar bakteria E.coli

Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.

Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.

Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.

Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.

Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E.coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes.

Beberapa syarikat pengendali air negeri lain memberitahu Mingguan Malaysia, pencemaran bakteria E.coli dalam air terawat iaitu air yang telah melalui loji rawatan, selalunya berpunca daripada kekurangan klorin.

Bagi kes kandungan E.coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).

Kehadiran banyak bakteria itu dalam sumber air mentah yang digunakan rakyat Kelantan dipercayai berpunca daripada ketiadaan sistem tangki septik (najis) yang sistematik di negeri itu sejak sekian lama dan ia merangkumi keseluruhan daerah termasuk Kota Bharu.

Disebabkan ketiadaan sistem tersebut dan kesukaran mendapat air terawat, kebanyakan masyarakat Kelantan menggali perigi pada jarak rata-rata kurang 50 meter dari tangki najis rumah masing-masing, menyebabkan berlaku serapan bakteria melalui air bawah tanah.

Dalam laporannya, kementerian turut mengesan pencemaran logam berat dan bakteria berbahaya tidak hanya terhad kepada air mentah dari sumber perigi, telaga tiub dan sungai semata-mata, tetapi turut merangkumi air yang dibekalkan AKSB.

Ancaman utama sekali lagi membabitkan mangan, arsenik serta bakteria e-coli disebabkan kegagalan AKSB mematuhi piawaian rawatan air selain kadar liputan air terawat kepada isi rumah Kelantan yang cukup rendah, iaitu hanya 57 peratus daripada 1.54 juta penduduk.

Dalam pada itu, pencemaran mangan dalam air mentah, hanya Bachok dan Tumpat yang bebas daripada pencemaran logam berkenaan untuk tempoh 2008 hingga 2010.

Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli dikesan mempunyai kandungan mangan melebihi piawaian dengan Kuala Krai mencatat pencemaran tertinggi sejak 2009.

Pencemaran mangan dalam air terawat yang dibekalkan AKSB juga tidak banyak bezanya apabila hanya empat daripada 10 daerah yang bebas pencemaran iaitu Machang, Bachok, Pasir Mas serta Pasir Puteh dan kawasan paling teruk tercemar adalah Kota Bharu.

Berbeza dengan ujian oleh Mingguan Malaysia bagi pencemaran arsenik untuk tahun ini, kementerian hanya mengesan pencemaran logam itu pada 2010 melibatkan air mentah dengan kawasan paling teruk juga di Kota Bharu



KESIAN RAKYAT KELANTAN,ANDA DITIPU SUDAH BERPULUH PULUH TAHUN OLEH KERAJAAN PAS,DALAM MASA 20TAHUN TU TIADA LANGSUNG PENAMBAHBAIKAN UNTUK SISTEM AIR TERAWAT.NAK MINUM AIR BERSIH TERPAKSA GUNA AIR PERIGI,AIR HUJAN.KALAU NAK HARAP AIR PAIP TU LEBIH TERUK WARNA DARI SUNGAI GOMBAK

APA APA PUN PMK UCAPKAN TAHNIAH KEPADA RAKYAT KELANTAN SEKARANG SUDAH MEMBUKA MATA MELIHAT SENDIRI PENIPUAN KERAJAAN PAS DALAM MENGURUS TADBIR NEGERI KELANTAN SEHINGGA BEKALAN AIR BERSIH SAMPAI SEKARANG BELUM DAPAT DINIKMATI OLEH SEMUA RAKYAT KELANTAN

TERBARU PULAK PENCEMARAN VIRUS SARUNG TETEK(HEHEHE) JENIS E-COLI TERDAPAT DALAM AIR YANG DIBEKALKAN OLEH AKSB KEPADA RAKYAT KELANTAN.VIRUS INI BOLEH MENYEBABKAN CIRIT BIRIT,MUNTAH,DEMAM,NAJIS BERDARAH DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN.

JUSTERU DIINGATKAN SUPAYA RAKYAT KELANTAN BERHATI HATI DENGAN WABAK VIRUS INI..KANG TAK PASAL2 KENA MINUM AIR GUNA SARUNG TETEK SEBAGAI PENAPIS..

PMK
SARUNG TETEK TU BUKAN E COLI YE,SAJA UNTUK PENAMBAH PERISA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam bro Mc,

hang jangan duk kata kt Kelantan saja..MC
Kedah apa kurang hebatnya..sejak PASlaknat ambik alih..

dulu ayaq paip kt Kedah..kt area Alor Setaq.. sblm SADA ada.. ayaq paip elok bersih.. kalau takung dlm KOLAH (hang tau dk kolah?) nk jd kelodak (orgh tmpt aku paggei 'taik ayaq') pun lama..mau sebulan..

lepaih tu ayaq 'soft water' bukan air liat mcm la.. (tu bahasa sains..kandungan mineral terlarut)

aku nk habaq kt hang Mc, lepaih PAS balun Kedah PRU12 dlu..duk beberap bulan kualiti ayaq kt umah mak aku..umah pak2 menakan aku dropped.. jd cepat kotoq.. tgh2 malam kalau buka paip nk amik ayaq smyg ka...basuh apa2 ka.. sama kaler dgn ayaq Sungai Raja dgn SUngai Kedah... KERUH!!

lepaih tu bila kita takung tksmpai 1minggu kolah kotoq..ada hitam2 mcm karat campoq kelodak2 kaler coklat..

lepaih tu yg paling CELAKA skali sejak PAS SADA ni kacau.. TEKANAN AIR DALAM PAIP tu teruk dh merata2 tempat dlm Alor Setaq!!

shower bath hang jgn harap lah umh kg mak aku boleh pakai lagi.. buka paip sink dapoq..paip dlm bilik ayaq pakai slow laaa..kena gilir2 tunggu!

kdg2 aku kena tunggu lama.. nk amk smyg.. punya sakit hati.. cm aku nk cekik ja muka2 pencacai PAS yg duk dlm SADA tu! tu hang tk tgk lg kalau tgh2 malam buka paip KOLAH.. ayaq paip jd berbuih2 putih..mcm kita campoq sabun.. naik takut.. menatang kimia apa depa campoq tgh2 malam!


aku nk habaq kt hang..zaman JKR Kedah jaga loji dan sistem bekalan ayaq dululah zaman paling elok kualiti ayaq kt Kedah, tekanan ayaq dlm paip di rumah kg ckup kuat smpai hang boleh pakai byk kepala paip wpun tkdk tangki harga ayaq murah.!! laa hang jgn belagaklaaa..silap2 bil ayaq hang mahai lg dr bil api...

Sebulan sekali ka berapa bulan sekali depa akan umum dlm Radio 3 Alor Setaq loji Bukit Pinang akan tutup stgh hari utk kerja2 cuci loji.. sbb tu ayaq eloq..minum teruih dr paip pn tk skit perut..

la mana ada dh cuci2 loji..sbb SADA LAPAQ duit..sbb Tok Wan depa..AZIZAN pun kebuloq duit!!

hang sedaq dk benda2 ni Mc? semakin maju hilang semua nikmat2 dulu2.. tmbah puak laknat PAS kaki putaq belit ni pulak perintah..lg punah lah Kedah!!

wei aku rindu weii zaman BN perintah Kedah dulu...syok sentimental ja!!! huhuhu!!