Khamis, 17 November 2011

KASI HEMPUK!! ZAINI HASSAN BANTAI MB BERSIFAT MUNAFIK & HIPOKSRASI?



BANYAK kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.

Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.


Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.

Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.

Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.

Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.

Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun.

Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.

Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.

Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?

Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.

Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)

Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?

Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.

Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.

Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?

Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.

Kelmarin ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.

Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.

Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.

Akhir sekali, wahai umat Islamku semua marilah kita mempertahankan dan menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di Alor Setar daripada dirobohkan.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada sifat-sifat munafik dan kejahatan orang munafik.


FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.


PMK
mana p puak2 pas yg lain?xkan xdak sekoq pun nak guling2 atas jalan bantah?ooh ostad jijan roboh surau 100 tahun hampa diam pulak.

7 ulasan:

zethro berkata...

hamPAS! hamPAS! hamPAS!

Skang ni tgh musim hujan. Agak2 banjir yg dah nak surut kat Thailand tu akan turun tak kat Kedah sbb MB dia yang bingai tu?

Allah knows the best.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Aku cukup sedih dengan perkembangan negeri asai aku Kedah

Aku sangka dulu UMNO habih haprak dah, esp zaman Osman Arrof, yg org kg panggil Osman 'ghroup'..atau kerja rampas tanah org Melayu..

Tapi sangkaan aku meleset.. aku bg undi kt PAS.. aku ingt PAS akan ubah Kedah jd 'Negeri Naugan Ulamak'..

tgk2 Kedah jadi negeri naugan 'ULARMAK'!!

Aku rasa dlm sejarah Tamaddun Kedah Tua..zaman Merong Mahawangsa sampailah ke zaman MB Mahathir Khalid.. belum pernah sejarah buruk lagi jahat laknatullah seorang MB Islam Melayu.. iaitu AZIZAN

TERGAMAK HANG BUAT KERJA LAKNAT NI AZIZAN!!!

NAQAL KITAB MANA YANG BG 'HALAI' MUSSOLLA/ SURAU BOLEH DIROBOH KALAU MAKMUM SIKIT ATAU KURANG DARI BEBEBRAPA NISOB??

APA NAK JADI DENGAN NEGERI KEDAH HA? SEJAK PAS PERINTAH SEMAKIN GILA STAIL PENTADBIRAN!!!

Aku harap AZIZAN jgn lupa diri..jangan angkuh dan lagak sombong di kerusi MB..

hang jangan lupa Azizan Allah Ta'ala 'sambung' nyawa hang yg dah nak 'mampuih' dah hari tu.. tiba2 hang buat kerja nak PERUNTUH SYIAR ISLAM!!

dgn apa alasan sekalipun Madrasah yang banyak jasa dan sentimental value bg kawasan Tambang Badak-Jalan Lumpor-Pintu Sepuluh tidah HALAL dirobohkan.

Maslahat pada umat Islam lebih penting dari segala2nya!!

bukan duit yg kita nk Azizan oii..kawasan tu Cina dah lama idam!!

Maruah azizan oiii...MARUAH ISLAM..MARUAH MELAYU..

kalau depa bg 100 juta utk ganti Madrasah tu pun kita tk boleh bg.. sbb tapak itu adalah warisan waqaf 102 tahun yang lalu! PAK HANG pun takdk lagi Azizan oiii!!

Awat hang jadi bodo Laknat Azizan oiii..Cina DAP Kafir dr Pulau Pinang tu hang boleh percaya? bg projek mcm ni peruntuh Islam?

Hang nak angkut mai Cina2 kapiaq Pennag-KL-Sgpore masuk ramai2 beli lot2 kedai dan kondo mewah Rm500 juta tu ka Azizan?

hang pakai dasar nak mampuih apa ni ha? dasar komunis misai putih ka??

hang bodo nak mampuoih Azizan oii.. madrasah apa yg shopping mall yg ada azan 5x?

Mdrasah apa dlm shopping Mall yg akan ada imam2 mai tiap2 subuh baca TARHIM??

apa akan jadi pada maruah Islam? kapiaq kata boleh ambik senang rumah ibadah org Islam wpun dah bertapak 102 tahun?

awat hang jd MUNAFIQ azizan oii??

hang tak takut ka bala Allah turun mai kt Alor Setaq???

Solat Hajat akan dibuat..serentak esok malam Insya Allah!

aku takut hang terguling muntah darah berbiuh mulot kot Azizan oiii..

jangan2 angkuh sgt!! Balasan Tuhan cepat la ni!!

Tanpa Nama berkata...

kecelakaan pemerintahan MB Azizan ni cukup banyak...tp malangnya UMNO Kedah aku rasa dah 'mampuih' dh kot!!!

Mat Bashah ni DS Najib mau bungkuih lepas tu tendang dia pi duk pulau mana2!!

Satu apa pun dia tak amik peduli pasai kecelaruan MB Azizan ni!!

dia mcm support sama kerjagila PAS..

pengerusi badan perhubungan apa lembik ngok mcm ni? PAS duk sakan balun rakyat..UMNO Kedah dok sedap lena.. meleleh ayaq lioq!!

tak pantas, tak cekap..buat tak kesahh..sbb PRU 13 UMNO Kedah nak 'sedekah' Kedah kt DAP-PAS

DS Najib kena serius pantau Kedah. DS Najib kena 'zalim' sikit kt pemimpin UMNO Kedah.. cantaih awai2 perosak2 ni...

ini punca Azizan dgn DAP laknat sakan merosakkan Kedah!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau mid-valley shopping mall boleh dibina tanpa merobohkan kuil hindu yang terletak bersebelahan dengannya, kenapa Madrasah tersebut perlu dirobohkan untuk membina sebuah shopping mall yg tak sebesar mid valley?

Tanpa Nama berkata...

kedah ni nak kena tsunami kot... Allah akan robohkan Kedah sebagaimana mereka robohkan rumahNya...

Tanpa Nama berkata...

AZIZAN SUDAH SEMAKIN TENAT


TIRU KATA ZAINI

"SUDAH BERAPA KALI SAYA CAKAP"..MEREKA MASIH DEGIL

ITULAH "SUDAH BERAPA BANYAK KALI KAMI SUDAH INGAT KAN KERAJAAN PAS KEDAH" TETAPI MEREKA TETAP PEKAK..

MEREKA SUDAH LUPA DARATAN..AZIZAN TELAH DITIPU ORANG BAWAHAN..

"GEREJA DIUTAMAKAN", MADRASAH DIROBOHKAH....LEPAS TU ADA PULAK

PEMAJU SEJAHTERA....ISLAM SENGSARA.......

TANYALAH BEKAS BEKAS MUFTI....

JANGAN TANYA MUFTI ..SEBAB DEPA MAKAN GAJI.......

Tanpa Nama berkata...

WAHAI AZIZAN...TAK BOLEH PAKAI

"""KAMI RAKYAT KEDAH ..BERIKRAR''

""SILA LETAK JAWATAN MENTERI BESAR"

KERANA KAMU TIDAK MENJAGA AGAMA ISLAM..""KAMU MENGHINA AGAMA ISLAM""

""KAMU MENGHINA ORANG-ORANG YANG MEMPETAHANKAN RUMAH ALLAH SWT""



SILA LETAK JAWATAN...............SEKARANG!!!!!!!!!!!!

WAHAI SESIAPA YANG MEMBACA...SILALAH ,MENDESAK MENTERIBESAR SEKRANG AZIZAN RAZAK NI MELETAK JAWATAN MENTERI BESAR SECARA RASMI DENGAN SEGERA...

KERANA BELIAU TELAH MENGHINA AGAMA ISLAM..TELAH MENGHINA MADRASAH..(KATA TAK RAMAI ORANG" ..BELIAU TELAH MENGHINA ORANG ISLAM YANG MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM...

TAKBIR