Jumaat, 25 November 2011

KASI PANAS!! DISKO 'GOYANG' INUL DI KELATE!!




Siapa kata di Kota Bharu Bandar Raya Islam tiada disko? Siapa kata Kerajaan PAS Kelantan berjaya menyelamatkan adik-adik kita dari terbiak di dalam budaya kuning? Agen Johnson tak kata.
Baru-baru ini Agen Johnson baru selesai operasi Disko-Dut di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Agen Johnson meredah 3 pusat hiburan, dua darinya menghidangkan minuman keras dan satu darinya beroperasi sehingga subuh. Semuanya di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Semuanya dirakamkan dengan bukti, tarikh dan waktunya sekali.


Bagaimanapun bagi tujuan keselamatan, tarikh ini hanya akan diberikan kepada pihak berkuasa di atas permintaan rasmi.


Kita tahu Kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan lesen menjual arak atas alasan arak tidak diharamkan oleh agama lain sebagaimana judi? Tetapi bagaimana dengan lesen atau permit operasi pusat hiburan sehingga lewat malam?

Adakah dikeluarkan oleh MPKB Bandar Raya Islam dan lain-lain PBT. Adakah agama lain membenarkan berpoya-poya sehingga lewat malam? Atau alasannya sebab di Mekah pun ada juga tempat berpoya-poya sampai lewat malam?

Nantikan siaran penuh video tersebut yang menunjukkan apa sebenarnya yang terjadi di Bandar Raya Islam sewaktu pemimpin-pemimpin PAS sedang sibuk berceramah mahu mengambil alih negeri-negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional atas dasar mahu membersihkan segala maksiat dan budaya tidak sihat.

Mc ambil dari Kick De Fella

Tiada ulasan: