Khamis, 24 November 2011

MESTI BACA!! Teguran Kepada Pemimpin FELDA... BERSATULAH

Bersatulah Wahai Pemimpin ku....

"Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh"... Sepatutnya inilah perumpamaan yang di hayati oleh pemimpin-pemimpin di dalam Felda. Di dalam keghairahan untuk menaikkan nama Felda di mata masyarakat dan dunia, pemimpin-pemimpinnya seperti mahu menjatuhkan sesama sendiri.

Sudah agak lama saya menyepi dari memberikan komen berkaitan perkara ini, dengan harapan ianya akan berhenti, namun ianya semakin rancak. Semalam, satu blog terkenal berbahasa Inggeris telah membuat ulasan dan secara tidak lansung ianya menjadikan situasi semakin parah.

Tidak ada satu pun yang sempurna di dalam satu-satu organisasi. Sepatutnya menjelang PRU 13 yang semakin hampir, semua mempersiapkan untuk menghadapi pembangkang yang sememangnya bercita-cita untuk merampas undi dari kawasan Felda. Bukannya pemimpin-pemimpin ini menggunakan blogger-blogger untuk memburukkan masing-masing dari belakang.

Wahai pemimpin Felda, ketahuilah bahawa rakyat terutamanya peneroka benar-benar mengharapkan kalian untuk menguruskan Felda dengan baik. Hingga ke hari ini, saya dan rakan-rakan mempertahankan Felda dari di cemuh dan di fitnah. Kami tidak akan berhenti berjuang untuk Felda kerana kami terhutang budi dan nyawa kepada Felda. Felda lah yang telah memberi ruang kepada kami hingga kami berjaya di dalam kehidupan.

Janganlah kalian hancurkan Felda. Marilah sama-sama kita menyusun kembali barisan kita sebelum PRU ke 13. Kami benar-benar memohon supaya kepimpinan Felda dapat mendengar luahan hati kami ini.

Akhir kata, marilah kita teruskan dengan kempen "NYAH MAZLAN ALIMAN DARI FELDA"


ANAK JATI FELDA & RAKAN-RAKAN

Tiada ulasan: