Rabu, 2 November 2011

PANAS!! Teruknya Rosmah Habiskan Duit Rakyat Kat Australia!!



Baca berita dan keterangan ni baik-baik..

Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.


Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.

Beliau juga gemar mempamerkan kemewahan termasuk memakai beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan itu.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub.my, berita yang disiarkan Keadilan Daily itu amat spekulatif dan nyata sengaja diadun untuk membakar sentimen rakyat.

Katanya, akhbar milik pembangkang mengambil kesempatan sepenuhnya daripada laporan media Australia itu mengenai seorang First Lady yang dikatakan berbelanja A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

“Tidakkah laporan Australia itu memang banyak salah, umpamanya anak Perdana Menteri yang tidak ikut rombongan dikatakan membeli barangan bernilai ratusan ribu ringgit, ini kali pertama dalam hidup saya melihat perkara seperti ini yakni membeli-belah tanpa ada jasad.

“Dan bila akhbar itu menyebut mengenai seorang First Lady, akhbar Keadilan Daily tahu kalau ia dikaitkan nama Rosmah dan dicampur aduk sedikit perencah dan perasa, ramai yang akan tertipu,” katanya.

Jelas beliau, apa yang berlaku kini adalah pihak pembangkang menumpukan sepenuhnya kepada usaha menjatuhkan Najib melalui Rosmah.

“Kini menjelang pilihan raya umum, mereka mahu meraih hasil serangan sistematik ke atas imej Rosmah selama bertahun-tahun.

“Mereka tahu, dengan kejayaan membentuk rasa benci dan kurang senang orang ramai ke atas Rosmah, maka tulis apa sahaja, janji ia bersifat negatif terhadap Rosmah, orang ramai akan terus terima tanpa usul periksa,” katanya.

Kata sumber itu, semua pihak yang menuduh secara membabi-buat harus tampil dengan bukti yang kukuh.

“Mutiara yang diletakan dalam gambar itu adalah mutiara yang sudah teralu kerap dipakai Rosmah, sedap hati sahaja mereka kata ia dibeli di Australia,” katanya. -mynewshub

Bila kita serang anak dan bini mereka. Mereka marah, melenting kata kita ni blogger tak sekolah, bodoh la itu la ini la. Bila mereka serang dan fitnah DS Rosmah dan anaknya bertubi-tubi. Apa pula yang patut kita panggil pada mereka ini?

Blogger Pakatan yang mulakan serangan keatas keluarga pemimpin. Kitaorang cuma mengikut jejak langkah permainan korang.

Kes ramas nenen pun belum sejuk, nanti akan ada skandal lain pulak yang melibatkan anak pemimpin pembangkang. he he.. tunggu saja la.

McTheory:
Siapa yang mula dulu? .. heh..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalu kerajaan peruntukan Rosmah untuk elaun pakaian sebanyak RM1 juta setahun pun aku reda... takkan lar kita nak tengok isteri PM di mesyuarat antarabangsa selekeh macam wan azizah tu... bagaikan hantu mak limah je... malu lar malaysia... isteri PM kita sekarang nih ade class beb... kalu pakai tudung dan jubah lagi cantik...

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama hina org bertudung nampaknya..class dan stye didunia..

Tanpa Nama berkata...

1 je ke komen yg sokong..komen yg lain sume busuk perut..agak2 la nk hina org menutup aurat yg dikatakan macam hantu mak limah tu,..klu 1juta tu,brp ringgit sgat la nk beli tudung drpd set rambut.

Tanpa Nama berkata...

aku juga setuju kalau DSR pakai pakaian cantik untuk ke luar negara. dia dpt elaun pakaian, so takkan dia nak kemut pakai baju RM20 hengget buat baju. lagi satu aku nampak dia pakai mutiara tu sejak beberapa tahun dulu. ntah2 plastik je. memperbodohkan orang betul puak pakatan gila ni.