Sabtu, 19 November 2011

Panas!! UMNO Rasuah!!



Sebut saja UMNO, rasuah. Sebut UMNO saja, rasuah. Apa Pas tak pernah rasuah ka? Pas baik sangat ka? Dap dengan Pkr tu maksum? Rasanya Pakatan punya kes rasuah pun jenuh juga ceritanya.

Hari ni Mc berjalan jauh, dari Penang sampailah Alor Setar. Singgah makan dan berehat kat kedai-kedai tepi jalan. Bila lepak kedai kopi, macam2 la kita boleh dengar. Tambahan pula kalau kedai kopi tu dipenuhi dengan puak-puak Pas.

Dari cerita kerajaan bagi rm100 (khas untuk budak sekolah), sampai la cerita duit rm500. Semuanya kutuk, takdak satu pun puji atau kata kerajaan baik. Mula-mula Mc dengar saja la. Lepas tu malas nak layan, Mc buka akhbar Utusan baca depan puak-puak tu.

Puak-puak tu tengok Mc macam nak makan! Dari jauh dengar puak-puak ni dok kata hishh.. UMNO rasuah! Mc sabar saja. Bila masa nak bayar, Mc pun tanya salah sorang dari pakcik-pakcik tadi. Betui ka UMNO rasuah?

Pakcik tu dengan semangat balas balik. "Ya la, UMNO rasuah" Mc tanya lagi, "apa yang rasuah?"
Dia kata macam-macam, hampir kata semua rasuah!
Mc senyum.. Pakcik tadi sambung, "UMNO makan duit rakyat". Kemudian, Mc tanya dia dengan baik, "betui ka UMNO makan duit rakyat?"
Dia mengangguk dengan semangat.

Lepas tu Mc bagi soalan cepumas. "Akhbar Utusan ni UMNO punyakan?" Pakcik tadi mengangguk.
"Harakah ni Pas punya kan?" Dia angguk lagi.
"Cuba tengok harakah helaian dia berapa keping, dan Utusan pula berapa keping, kemudian bandingkan harganya pula".
Kat situ pun kita tau siapa yang suka makan duit rakyat! Mc bagi buah penamat.

Untuk makluman semua harakah Pas ni harga dia rm2.00. Tapi helaian dia berapa belas helai saja. Nak dibandingkan dengan Utusan, yang beratus helaian tetapi harga cuma rm1.50, helaian besar lagi. Jadi kat situ pun kita dah nampak, harakah memang untuk perah duit saja. Dah la berita tulis syok sendiri, kena bayaq mahai pula tu.

Sambung cerita, Mc pun berlalu meninggalkan pakcik tadi bersama akhbar Utusan dan Harakah, sambil dia terpinga-pinga membelek kedua-dua akhbar tersebut.

Insyallah jika dia mempunyai akal, dia akan memahami apa yang Mc kata.

McTheory:
Kat situ pun kita tau, sapa yang suka perah duit rakyat!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahaha sampai 44hari la pakcik tu bezakan surat khabar harakah n utusan. penangan yg boleh membuat org terpingga2 lalu menjadi gila. hahahaha