Selasa, 1 November 2011

TERGOLEK!! Apabila Anwar Nak Tunjuk Dia Pandai Dari DS Najib!!

Sekarang ni Anwar dok bercerita mengenai kisah lama. Kisah semasa dia jadi TPM dan menteri kewangan pada tahun 1991. Dia kata hutang negara tak banyak serupa sekarang. Kiranya dia nak tunjuk dia hebat dan pandai dari DS Najib la. Namun hakikat yang sebenar, disebalik tabir, sebelum si Anwar ni jadi menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang memegang jawatan tersebut.

Pada yang tidak mengenali Tun Daim ni, beliau merupakan ahli perniagaan yang tersohor dan amat bijak dalam menguruskan kewangan. Atas sebab demikian, beliau di minta oleh sahabat baik beliau iaitu Tun Dr Mahathir, pada waktu itu Perdana Menteri Malaysia, untuk menguruskan kewangan negara.

Setelah negara mempunyai aset dan rekod kewangan yang stabil, barulah beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri kewangan (secara sukarela) dan menyerahkan kepada Anwar yang ketika itu anak emas kesayangan Tun Dr Mahathir.

Anwar hanya menjawat jawatan tersebut ketika ekonomi negara berada di puncak dan digelar sebagai "Harimau Ekonomi Asia" pertumbuhan KDNK pula lebih daripada 8% selama 5 tahun, mengalahkan negara Asia lain di termasuk Australia antara musuh ekonomi terdekat Malaysia.


Itu hasil dari Tun Daim dan Tun Dr Mahathir, bukannya hasil dari Anwar.


Hasil dari Anwar menjelma pada 1997, apabila ekonomi negara merudum disebabkan penyangak matawang. Malah tindakan bodoh Anwar yang mahu meminjam sumber kewangan dari IMF menyebabkan Tun Dr Mahathir mengambil alih jawatan menteri kewangan dan menyelamatkan Malaysia dari bankrup!

Jika Anwar mengambil pinjaman dari IMF, separuh negara akan tergadai kepada kuasa luar. Kemungkinan ekonomi semakin parah dan rakyat akan terbeban dengan situasi tersebut.

Apakah itu dipanggil penjana ekonomi mesra rakyat apabila sanggup membebankan rakyat demi menyelamatkan negara?

Anwar hanya pandai bercakap, tapi bodoh dalam tindakan. Tengoklah Selangor, dimana dia menjadi penasihat ekonomi, apa dah jadi?

LINGKUP, gadai sana, gadai sini.

Selangor, declare kata kewangan paling banyak dalam sejarah, macam mana tak banyak kalau semua harta negeri korang gadai!

Declare kan sekali aset kerajaan negeri dari dulu hingga sekarang, kita tengok perbezaannya.

Macam ni nak jaga Malaysia? Macam ni nak dipanggil hebat?

Jaga Selangor pun lingkup, ada hati nak jaga Malaysia?


McTheory:
Pada yang dikurniakan akal oleh Allah, fikir la baik2 ye..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali hujahan anda itu...

Tahniah...

Tanpa Nama berkata...

Itulah kalau puak2 bodoh piang macam hang ni eloklah dudok kat gua je,lain kali baca lah majalah2 ekonomi antarabansa sikit ini asik2utusex,pastu pecaya kat jenis mamak tongkang,kesian 7 kerturunan kamu.

GotYou! berkata...

Orang tua kutuk ni kan pakar retorik? Jadi beretoriklah dia semahunya seumur hidupnya!