Jumaat, 24 Februari 2012

PANASS!! Pas Kedah Zalimi Peniaga Gerai!!



Makin lama makin pelik pulak perangai puak Pas yang dok tadbir Kedah ni. Sekian lama UMNO/BN dok tadbir, tak pernah dengar pula kisah pelik nak runtuh gerai macam ni. Bila sampai ke tangan Pas. Huru-hara habis puak depa buat. Rasanya, makin serik rakyat Kedah nak pilih Pas lagi.


Kira-kira 30 peniaga di Taman PKNK di sini menyuarakan kebimbangan apabila Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mahu mengambil tindakan meroboh gerai mereka yang berusia 23 tahun pada bila-bila masa.

Wakil peniaga Amir Zulkifli, 52, berkata penguatkuasa MBAS memberikan notis meminta mereka merobohkan khemah yang dipasang di gerai mereka pada 16 Februari lalu dan meminta peniaga menggunakan roda tiga dan payung mengikut lesen yang dipohon.

Amir berkata, penggunaan roda tiga seperti penjaja tidak lagi sesuai berikutan peredaran masa dan faktor cuaca yang tidak menentu selain turut menyusahkan peniaga untuk mengangkut dan memunggah barang apabila selesai berniaga.

“Saya mohon kepada MBAS supaya tidak merobohkan gerai kami dan mencari satu tindakan alternatif bagi membolehkan kami berniaga di kawasan ini seperti biasa,” katanya ketika ditemui di sini, lewat petang semalam.

Amir berkata, rata-rata peniaga yang tinggal di sekitar kawasan ini hanya bergantung kepada hasil perniagaan itu untuk menyara kehidupan keluarga sejak 23 tahun lalu. – BERNAMA



McTheory:
PKNK tu, 24 tahun Mc duduk situ.. dulu ok ja pun..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dpt rezeki dgn menyusahkn org lain mana nk berkat....ganggu lalulintas,kurangkan petak parking,kotorkan longkang,semak pemandangan n tak adil pada kedai mkn dlm rumah kedai yg kena byr sewa mahal,daftar niaga,lesen iklan,lesen niaga n cukai pintu....depa tu hanya bayar lesen rm60 sethn...ruang niaga dpt luas....

C L J berkata...

BIARLAH ADA GANTIAN YANG ADA MASA DEPAN YANG WAJAR.

Tanpa Nama berkata...

padan muka...

dulu terhegeh2 sangat nak parti isle ni memerintah...

sekarang amik ko...

nak berniaga pun diusir...

pejuang hamas...

Tanpa Nama berkata...

leeer......abis la tempat aku melepak malam2.....tahniah la buat kerajaan negeri kedah.....inilah bukti kerajaan berkejijikan....eeehhh.... berkebajikan