Rabu, 15 Februari 2012

TERPANASS!! Pas Kedah RANCANG Keluar dari Pakatan Rakyat, disebabkan Anwar?!!



Nampaknya akibat sokongan Anwar Ibrahim kepada Israel, menyebabkan masalah pepecahan dalaman Pas yang selama ini retak, menjadi hampir belah.

Mc mendapat maklumat dari 'orang KITA dalam Pas'  yang memberitahu, semalam Pas Kedah membuat mesyuarat, ada perbincangan mengenai seruan Nik Aziz yang mahu Anwar menyaman World Street Journal (WSJ) atau menarik balik kenyataan menyokong Israel. Sesungguhnya isu tersebut dipandang serius oleh semua umat Islam.


Walaupun ramai diantara kita yang andaikan kenyataan Nik Aziz itu hanyalah drama dan lakonan politik semata-mata. Namun sebagai orang Islam yang masih waras dan berpegang pada ajaran Islam sebenar. Kenyataan Nik Aziz tu sebenarnya relevan untuk Pas meneruskan sisa-sisa perjuangannya. Memang sepatutnya Nik Aziz perlu berkata begitu untuk membina kembali maruah Pas yang selama ini telah di hina dan di cerca kerana menjadi pencacai dalam Pakatan.

Mungkin kerana terlalu lama Pas menjadi pencacai dalam Pakatan, hingga organisasi dalaman Pas yang dahulunya begitu utuh kini sudah mula nak runtuh. Semuanya akibat dari sikap terbuka Pas yang kononnya 'setia kawan' pada Dap, hingga membiarkan segala keputusan yang sepatutnya memihak kepada Pas, namun diberikan kepada Dap.

Akibatnya..Pas di lihat bagaikan tidak berkuasa dan relevan kerana hanya menjadi pak turun dalam setiap keputusan Pakatan Pembangkang.

Manakan tidak, Pas digelar pencacai, perjuangan Pas yang dulunya mahukan negara Islam, kini sudah jadi negara kebajikan. Dari hukum hudud, kini undang-undang sekular pun Pas dah layan, kalimah Allah pun dah boleh bagi kongsi-kongsi. Bible Melayu pun Pas sokong untuk edarkan, orang Islam berbuka puasa dalam gereja pun Pas angguk. Demi Anwar dan Dap, Pas sanggup ber'tuan'kan Ambiga (pejuang Murtad) semasa Bersih 2.0 dan banyak lagi perkara mungkar Anwar dan Dap yang Pas sokong, hingga kita lihat Pas hanya pencacai dalam Pakatan haram.

Mungkin semalam, Allah sudah bukakan hati pemimpin-pemimpin Pas Kedah yang sebahagiannya menyokong untuk mencerca Anwar kerana menyokong Israel laknattulah. Apa lagi yang boleh Anwar nafikan? Kenyataan Anwar menyokong Israel semasa di temubual WSJ begitu jelas dan nyata untuk Anwar mengelak seperti mana yang beliau lakukan dalam kes video seks dan hal-hal sebelumnya.


Malah video Anwar menyokong Israel juga telah tersebar di laman-laman blog. Anda boleh melihatnya dibawah.



Atas sebab demikianlah Pas Kedah merancang dan menyokong penuh Pas Pusat untuk menarik diri dari Pakatan Rakyat. Mana ada umat Islam yang waras otaknya yang sanggup menyokong Israel laknattulah. Mana ada umat Islam yang masih boleh mengucap dua kalimah syahadah sanggup sokong 'keselamatan negara Israel' yang sememangnya merampas negara Palestin, negara Islam. Mana ada orang Islam dalam dunia ni, yang sanggup buat kenyataan macam Anwar buat. Mana ada? Hanya Anwar saja umat Islam mangkuk yang berani buat kenyataan demikian.

Dalam mesyuarat semalam, Mc diberitahu, Adun Kubang Rotan diantara insan paling lantang mengkritik Anwar Ibrahim dan mahu Pas keluar dari Pakatan. Ada yang menganggap, isu Anwar menyokong Israel ini disebabkan sumpah laknat Saiful Bukhari yang memakan diri Anwar sendiri, malah ada adun PKR mahu menyertai Pas dan malu untuk bersama PKR.

Mungkinkah puak Pas sudah sampai tahap hilang sabar dengan Anwar dan Dap?

Mampukah Pas berdepan dengan Anwar untuk memaksa Anwar untuk menarik balik kenyataannya dalam WSJ, dan menyamannya? Atau Anwar hanya akan menuduh semua ini hanyalah konspirasi UMNO.

Beranikah Pas memperjuangkan Islam sebenar dengan menarik diri dari Pakatan dan tidak mahu lagi bersekongkol dengan Anwar dan Dap. Atau Pas akan lemah lutut bila berhadapan dengan Anwar yang sedang pulang dari luar negara.


McTheory:
Pas memang patut keluar dari Dap.. patut sangat!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas ni mmg patut keluar pun. Jd lembu buat apa..

alfa4M berkata...

jika PAS berjuang dgn ikhlas utk ISLAM..keluarlah dari pakatan rakyat haramjadah tu..terlalu banyak kemungkaran dari kebaikan yg terpalit dlm pakatan tersebut..jgn kerana sekelumit kuasa kita gadaikan maruah diri dn syariat Islam..masih belum terlambat utk balik kepangkal jalan..biarkan aljuburi terjun dgn labu2nya....oh ya Mr.MC seterusnya tlg linkan semua artikel kpd URL: http:-alfa4M-chilimampat..wassalam

Tanpa Nama berkata...

JGN LA KATA JADI LEMBU BRO 1113PM
JADI ANJING JER...

PEJUANG HAMAS...

Tanpa Nama berkata...

pas sepatutnyer dari dulu tak payah join PR sebab PAS dah ade dasar mereka sendiri bila join PR dasar dah jadi tonggang langgang. Keluar je la dari PR tu. Kalau PKR menang pilihan Raya pun saya tak rasa wakil PAS akan diambil menjadi PM kita. PAS harus sedar selama ini mereka dipergunakan oleh DSAI ni untuk kepentingan peribadi beliau. Keluar je dari PR dan kembali pada tujuan asal di zaman Kepimpinan Arwah Hj Fadhil Nor.

Tanpa Nama berkata...

Apakah PAS terlalu BODOH mahu keluar PAKATAN sekarang? PAS sudah berpuluh tahun berjuang mahukan KUASA. Banyak masa terbuang, banyak harta terkorban malahan NYAWA dan banyak tenaga telah digunakan DEMI KUASA. Biar akidah tergadai, biar maruah tercalar, biar bangsa dihina .Kini PAS terlalu hampir dengan KUASA kenapa harus berundur. KAN KUASA YANG DIKEJAR? Fikirkan......

Tanpa Nama berkata...

PAS jgn kuak dr fuckatan...anda msh perlu sbg alat...biar mampuih dgn DAP ditanam dikubur DAP...takut apa syurga kita punya