Ahad, 19 Februari 2012

TUDIAA!! Haramkah Memfitnah lagi!!


Haramkahdaily memfitnah lagi. Kali Puan Sri Norainee pula yang menjadi mangsa kepada fitnahannya. Sudah la tuduhan yang dikemukakan, tanpa bukti, nampak sangat ianya satu fitnah.

Haramkah kata Puan Sri berbelanja sakan semasa di KLCC. Namun tidak dinyatakan bila waktunya, dan butik mana yang Puan Sri berbelanja. Jika benar berita ini, haramkah kena berikan waktu dan tarikhnya dengan tepat. Jangan hanya menuduh secara rambang.


Puan Sri Norainee ialah seorang isteri yang tidak pernah menonjol, walaupun beliau seorang isteri kepada TPM. Beliau sentiasa menjaga dan menjadi seorang suri rumah yang rendah diri. Pada sesiapa yang tidak mengenali beliau, pasti tidak akan menjangka tingkah laku dan sifat rendah diri yang beliau tunjukkan.

Mc memuji Puan Sri, bukan kerana beliau isteri kepada TPM, tetapi kerana beliau memang layak untuk mendapat pujian. Pemakaiannya juga menutup aurat dan tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak. Paling penting beliau pandai menjaga diri dan nama TS Muhyiddin Yasin sendiri.

Haramkah boleh di saman atau perlu meminta maaf pada beliau untuk membersihkan nama beliau semula. Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan begitu saja. Pasti selepas ini akan ada siri seterusnya untuk memfitnah Puan Sri bagi menjatuhkan reputasi TS Muhyiddin sendiri. Seperti mana yang berlaku kepada DS Rosmah dan DS Najib.

Haramkahdaily.. memang benar-benar haramm.. inilah kerja orang Pas. Fitnah adalah makanan nombor satu puak Pas!!



McTheory:
Kata Islam.. Islam celah mana, taktau la pulak!

Tiada ulasan: