Ahad, 26 Februari 2012

TUDIAA!! Kejatuhan kerajaan Azizan di Kedah, konspirasi Anwar??



Kekecohan di dalam pentadbiran kerajaan Kedah telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan version tentang apa yang berlaku.

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya pentadbiran kerajaan negeri Kedah sudah tidak boleh diselamatkan. Sudah nazak teruk!

Baca peristiwa yang berlaku semalam,


Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan terus menerima tekanan apabila lima ahli EXCO PAS Kedah memboikot mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya, kira-kira jam 4 petang semalam, di Ibu Pejabat PAS Kedah, di Kota Sarang Semut.

Senarai exco yang tidak hadir semalam ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amirruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.

Dua EXCO yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul. Kedah mempunyai 10 EXCO dengan tujuh PAS dan tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mc percaya pembaca juga tertanya-tanya, apa sebenarnya yang telah terjadi terhadap pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Semalam salah seorang Exco kerajaan negeri Kedah telah meluahkan hasrat hatinya. Kata mereka, Ustaz Azizan ni orang Pas pro-UMNO, daripada bagi Ustaz Azizan perintah balik, baik bagi terus saja kat UMNO. Lebih kurang sama saja.

Akibat sifat Ustaz Azizan yang mesra UMNO, Mc diberitahu exco-exco ini meminta nasihat daripada pakar konspirasi Malaysia, yang juga ketua Umum mereka iaitu Anwar Israel. Anwar Israel yang telah mengarahkan exco-exco supaya memulaukan mesyuarat dan sesetengahnya tarik diri dan letak jawatan.

Ini adalah perancangan busuk Anwar yang mahu memaksa ustaz Azizan meletakkan jawatannya sebagai menteri besar Kedah. Namun Mc percaya, daripada Ustaz Azizan meletakkan jawatan, baik beliau bubarkan dun untuk mulakan Pilihanraya negeri yang ke 13.

Bak kata orang, alang-alang nak lingkup, baik pelingkup teruih.

Ketidakpuasan hati exco-exco Kedah terjadi sebaik saja tercetusnya isu KUIN. Ramai yang menasihatkan Azizan supaya mengalah, namun kedegilan Azizan mengenai isu tersebut, mengamit Anwar untuk campur tangan. Ditambah pula dengan isu pemberian kontrak dan tanah kepada pemimpin UMNO Kedah dari Azizan, membuatkan exco-exconya panas hati dan meminta nasihat Anwar untuk tindakan seterusnya.

Namun Anwar yang menjangkakan Azizan akan mengalah, tersilap besar, apabila Azizan sudah mempunyai rancangannya tersendiri. Sama ada akan bubarkan dun atau beliau membuat kerajaan perpaduan bersama dengan UMNO. Namun Mc percaya, kedua-dua keputusan tersebut TERSANGATLAH TIDAK disukai oleh Anwar.

Apa yang penting, Azizan sudah memberitahu bahawa 28 februari ini beliau akan melakukan kejutan. Apakah kejutan itu?


McTheory:
Apa agaknya yaa?? jeng jeng jeng..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Demi kebenaran, persetankan dgn boikot Exco PAS.Jijan jgn mengalah. Alang-alang menyeluk pekasam......