Rabu, 8 Februari 2012

TUDIAA!! Mahasewel Bakal Menyerang Ostat Azizan dan KUIN!!


Nampaknya isu Ustaz Azizan dan KUIN menjadi semakin panass.. geng mahasewel yang baring depan UPSI tempohari dalam perancangan untuk bebaring depan Wisma Darulaman dan kemungkinan besar akan baring juga didepan KUIN.

Nampak sangat puak mahasewel ni tak hormat Ustaz Azizan sebagai MB Kedah. Kalau tak hormat Ustaz Azizan sebagai MB Kedah dibawah naungan Pas. Ini bermakna mahasewel upahan PKR dan Anwar ni juga tak menghormati parti Pas selaku rakan dalam Pakatan Rakyat.


Bagaimana selaku rakan dalam gabungan pembangkang, mereka sanggup menyerang Ustaz Azizan yang diberi mandat untuk mentadbir Kedah. Apa hak mereka untuk berbuat demikian. Nampak sangat puak mahasewel upahan PKR ni langsung tak pandang Pas sebagai parti yang harus dihormati.

Sudah la selama ini Pas menjadi lembu PKR dan Dap. Kali ni pun mereka mahu Pas turut kata mereka dan menjadi lembu juga. Jikalau tak ikut cakap, mereka akan ambil tindakan. Samseng sungguh PKR dan geng mahasewel ni.

Paling menyedihkan, apabila Pas Kedah, Exco dan adunnya hanya berdiam diri apabila Ustaz Azizan diserang bertubi-tubi. Apakah ini bermakna, mereka tidak mahu lagi Ustaz Azizan mentadbir Kedah? Atau puak-puak Pas Kedah dan exco ni berasa suka hati apabila Ustaz Azizan sibuk bersilat diserang seorang diri, sedangkan mereka tersengih suka dan berdiam diri.

Dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah, memang ada yang tak kena. Mana ada anak buah, nak biarkan ketuanya diserang seorang diri. Lainlah kalau memang depa suka kalau ketuanya mati. Betul dak?

McTheory:
pasal ramai sangat yang dok geli-geli nak jadi MB!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ubon2 dok lembot lagi dah pandai nak mengajaq orang!! Tak sedaq diri mai dari kampong!! Orang suh belajaq, dok pi buat benda yang tak berpekdah. Hangpa ni pon, lain kali kelaih la hat bejenih sikit kalau nak bagi peluang belajaq!

Tanpa Nama berkata...

Menatang haramjadah ni nak buat hal lagi..mai jangan x mai kalau hampa nak ghasa penyepak org Kedah,x kena x pa kena skali menonong..