Selasa, 7 Februari 2012

TUDIAA!! Teruk Betui UMNO Kedah Hutang Sampai RM710 Juta!!


Pada 12hb ni akan ada satu majlis pecah tanah di dua tempat yang berbeza di Langkawi. Satunya di Pulau Tuba iaitu tapak yang dicadangkan untuk membina Sekolah Tahfiz Sains. Dan yang keduanya pula bertempat di tapak Hotel bajet Metro Giant di Pokok Asam, Langkawi. Kedua-duanya akan dihadiri oleh Ustaz Azizan sebagai perasmi majlis tersebut.

Persoalan yang timbul ialah dari manakah Kerajaan Negeri nak cekau duit untuk pembangunan kedua-dua tempat tersebut? Difahamkan peruntukkan kedua-dua projek tersebut adalah datang dari Permodalan Kedah Berhad (PKB), salah satu dari anak syarikat Kerajaan Negeri. 

Sekolah Tahfiz Sains melibatkan kos berjumlah sebanyak RM20 juta atau lebih. Kos pembinaan hotel bajet pula dianggarkan dalam lingkungan yang sama. Tolak campur bahagi darab, Kerajaan PAS Kedah sudah berhutang sebanyak RM40-50juta dah dalam jangkamasa tidak sampai setahun. Sebenarnya PAS lagi hebat bila berhutang. Baru setahun sudah hampir RM100 juta. Mengapa hendak pertikaikan hutang BN pula? Sedangkan BN memerintah selama hampir 50 tahun, hutang yang tinggal kepada PAS cuma RM710juta sahaja!!

Jika dihitungkan selama 50 tahun BN memerintah Kedah, BN hanya buat hutang sebanyak RM13.9 juta setahun. Berbeza dengan PAS sekarang. Baru setahun sudah berhutang sebanyak RM100 juta dah. Bayarnya pula baru RM10 juta. Hebatkan PAS ini mentadbir Kerajaan? Yang cerita menariknya juak-juak PAS pukul canang keliling Kedah Kerajaan PAS Kedah sudah bayar hutang sebanyak RM10 juta. Yang tambah hutang juak-juak PAS ni tak mahu ceritakan juga ker?



Bukan kami ni penentang kemajuan, cuma jika kita nak lihat dari segi faktor hutang. Pas lagi banyak membuat hutang dari kerajaan BN. Simpanan takdak, projek nak buat, hutang saja lebih. Kalau setahun buat hutang RM100 Juta, tapi cuma bayar RM10 Juta setahun. Bila hutang nak selesai? makin lama makin parah ada la.

McTheory:
Kalau BN yang buat, mampuih la depa maki lumat!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baca tajuk pas dah seronok,baca sampai habis baru tau depa kantoi!!hahaha hang pandai mc!

Tanpa Nama berkata...

Kalu macam ni la gaya nya , lagi 10 tahun PAS pegang, Kedah terpaksa juai kat Siam.

atIqullahZ berkata...

tahu maklumat mane krajaan kedah tak de simpanan.? nak thu gak ..^_^

Assassin Cyber berkata...

Dah memang tak dak duit, nak buat apa lagi buat hutang la utk meneruskan kehidupan.

Tanpa Nama berkata...

PAS tak pandai cari dana TAPI pandai BELANJA. PRU 13 biar Kedah kalah, BN kena bayar HUTANG.

Tanpa Nama berkata...

Mc x kira ker kos buat kampus KUIN di kuala ketil. 340 juta. pinjam juga. lagi banyak ooo