Khamis, 18 April 2013

GEMPAR!! Dap Kedah Keluar Dari Pakatan Haram Kedah!! #TukarKedah #SaveKedah


Misteri kekosongan kerusi pakatan di dun derga dan kota darulaman terungkai apabila Dap telah istihar untuk tarik diri dari bertanding di mana mana kerusi yang diperuntukkan kepada Dap Kedah..

Menurut sumber, Dap Kedah kecewa dengan tindakkan Pkr dan Pas supaya melepaskan beberapa kerusi kepada Dap atas nama kesepakatan dalam Pakatan namun sebaliknya berlaku.

Sebelum ini Dap pusat sudah memberi amaran kepada Pas Kedah dan Pkr agar memberi tambahan kerusi kepada Dap jika tidak mahu pertembungan 3 penjuru.. Namun Pas dan Pkr langsung tidak memberi ruang kepada dap.

Akhirnya Dap terpaksa boikot serta tarik diri dari bertanding di Kedah dan kemungkinan akan bertanding sebagai calon bebas..

Dalam laporan Utusan Online semalam, tiada seorang pun pemimpin Dap Kedah hadir mengumumkan calon mereka bersama Pas di Markas Pas Kedah.

Menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini, krisis pembahagian kerusi pakatan pembangkang Kedah masih belum selesai apabila majlis pengumuman calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut di sini malam tadi dilakukan tanpa senarai calon dari DAP.

Senarai calon bagi Pas Kedah diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sementara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Izham Ramli.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md. Nor selaku pengerusi majlis memaklumkan ketidakhadiran wakil DAP Kedah untuk mengumumkan calon pihak mereka disebabkan kegagalan parti itu memuktamadkan calon mereka ekoran kerusi yang dituntut mereka daripada PKR Kedah.

DAP Kedah baru-baru ini membuat kenyataan mahu PKR menyerahkan kerusi DUN Bakar Bata dalam Parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Arang (Sungai Petani) selain menawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar.

Pengumuman tersebut bagaimanapun jelas tidak 'diiktiraf' oleh PKR Kedah apabila mengumumkan calon bagi kesemua kerusi yang bakal ditandinginya, termasuk di Parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Bata serta DUN Bakar Arang dalam majlis malam tadi.

Kalau betul seperti apa yang dimaklumkan sumber, bermakna PR Kedah akan kalah teruk pada PRU13. sumber dari Medan Tempur Kedah


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ganu007-terengganunegeriku.blogspot.com

Idealismalaysia berkata...

mohon link kan kepada blog tuan... bersama kita membantu KEDAH kembali kepangkuan BN. Saya telah link blog tuan kepada blog saya. terima kasih

http://parlimenpokoksena-pru13.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah sama2 kita doa dn usahakan negeri Jelapang padi Kedah Darul Aman kembali ke pangkuan UMNO BN.. sedih lihat kerosakan dan kesialan PAS eprintah Kedah!

Aku Benci Pakatan!
HIDUP BN
HIDUP UMNO

ALLAHU AKBARR!!

Tanpa Nama berkata...

SAYA DAH TAK MAMPU NAK PERCAYA DENGAN PAS, DAP DAN PKR. MEREKA SANGAT HEBAT BERSANDIWARA. PEDULIKANLAH MEREKA. MARI KITA BALIK DAN KEMPEN UNTUK BN. ITU SAJA YANG TERBAIK.

McTheory berkata...

Alhamdullilah penyokong UMNO dan BN dah pandai komen blog. Tolong support kami blogger2 Kedah ni!.

Tanpa Nama berkata...

dulu..kini dan selamanya