Isnin, 1 April 2013

PANASS AIHH! Calon PKR 'Saiko' Pas di Kedah!! #TolakPR #TukarKedah


Politik di Kedah semakin kacau bilau. Pergolakan dalaman Pas yang tak sudah, diselangi dengan perebutan calon diantara parti. Kini, satu lagi hal yang memeningkan kepala Pas adalah parti PKR Kedah yang dilihat hidup segan mati tak mau.

Sudah la PKR tidak banyak membantu di Kedah ni, tapi bab nak letak calon, mereka diantara parti yang paling laju. Di Kedah sekarang, mengikut info yang Mc dapat, hampir semua kawasan yang sepatutnya di tanding oleh PKR mereka dah umumkan calonnya. Siap buat kenduri lagi! he he..

Kalau Azizan dan Pas Kedah masih bergelut untuk memutuskan calon yang muktamat, tapi PKR dengan selamber dan tebal muka umumkan calon mereka. Tindakan PKR mengumumkan calon lebih awal, telah mematahkan semangat jentera Pas yang selama ini bersusah payah bekerja dan berusaha melobi supaya tempat PKR boleh diambil oleh Pas.

Contohnya di Dun Bakar Bata, jentera PKR dikawasan tersebut boleh Mc katakan mati langsung. Kalau nak dikerahkan untuk pacak bendera pun takdak orang kot. Disebabkan PKR ni mana ada ahli, mungkin atas kertas memang nampak beratus ribu, tapi kalau hakikat yang sebenar, bagaikan tak wujud.

Pas Alor Setar pernah melobi untuk mendapatkan kerusi Dun tu untuk mereka tetapi hampa bila keputusan tetap memihak kepada PKR, malah PKR bertindak lebih berani dengan mengumumkan calon mereka si Eekmal, budak gemuk suruhan Anwar Ibrahim.


Di Kuala Kedah pula, bakal calon PKR, Dr. Azman, bakal mengantikan Ahmad Kassim, ahli parlimen Kuala Kedah yang langsung tak pernah buat kerja. Rasanya kerusi parlimen Kuala Kedah, Pas pun ada geli-geli nak tanding kerusi tu, tapi kecewa juga sebab PKR tetap bertegas untuk letak calon mereka.

Keadaan sama terjadi kepada Kulim Bandar Baharu, kerusi parlimen ditanding oleh mat muka bulan si Saifuddin Nasution, dulu dia pernah melingkupkan Lunas, kali ni nak hancurkan Kulim Bandar Baharu pula. Calon parlimen Merbuk PKR pula, ada dua nama, diantara IR Zamri atau Nor Azrina. Kedua-dua profile ini masih lagi diteliti.

Tindakan PKR mengumumkan calon lebih awal sebenarnya hanya untuk 'saiko' kan lagi Pas Kedah. Maknanya, kerusi yang diperuntukan pada PKR, Pas Kedah tak boleh ganggu la, sebab tu PKR umum lebih awal, sebab takkan Pakatan Haram Kedah nak tarik balik calon yang telah diumumkan, betul tak?

Sebenarnya Mc memang tertarik permainan calon di Kedah ni, Mc percaya, tahun ini merupakan pilihan calon paling rapuh oleh Pakatan Haram Kedah. Walaupun ada kerusi parlimen yang ditanding oleh 'giant' macam Mat Sabu dan Saifuddin Nasution, tapi sejarah membuktikan bahawa ada 'hero' yang telah berjaya membunuh 'giant' dikawasan tertentu.

Pasal calon Pas Kedah, kalau Azizan taknak umumkan lagi, nanti Mc dan TMK akan 'umumkan' dahulu calon Pas Kedah, ha ha ha.. (gelak jahat)

Mungkin bukan hari ni, tapi tunggu dalam masa terdekat!!

McTheory:
Depa gaduh siap tarik rambut baling lebai bagai!! he he..

Tiada ulasan: