Rabu, 17 April 2013

PANASS AIHH!! Orang UMNO/BN Di Minta Berjaga-jaga Dengan Geng Syaitan 'Spender' Putih! #TukarKedah #SaveKedah


Semalam merupakan hari yang agak panjang bagi Mc, penantian dan debaran calon telah dirasai. Ramai yang tersenyum, dan ramai juga yang tak puas hati. Itu sebenarnya lumrah dalam pemilihan, sudah tentu yang dipilih berasa senang, dan yang tak terpilih akan terasa tersisih.

Sebenarnya bukan yang tak terpilih tu tak bagus, tak buat kerja, tak berjasa. Semuanya bagus dan melakukan yang terbaik untuk menang. Kebanyakan bekerja kuat untuk parti dan bukan untuk kepentingan diri. Kan bagus kalau semua orang UMNO/BN fikir macam tu?

Sekarang ni Mc cuma risau 'cucukan' syaitan dari geng spender putih.

Maksud Mc, sejak dari semalam blog ini menerima 'komen' dari puak 'TanpaNama' yang berwajahkan orang UMNO namun sebenarnya tidak. Mc kenal siapa orang UMNO dan siapa orang yang berlakon menjadi orang UMNO.

Berlakon bermakna mereka menghasut dan cuba untuk menjahanamkan parti. Kalau benar ada orang UMNO macam ni, baik keluar parti dari terus menghancurkan dari dalam. Berlakon juga dalam erti kata, orang Pas cuba berlagak UMNO!

Mc percaya bukan dalam alam maya saja mereka melakukan kerja sebegini, di kampung-kampung, di PDM, cawangan dan juga bahagian pasti ada geng syaitan spender putih yang menghasut orang UMNO supaya memberontak!

Susah untuk kita kenal orang sebegini sebab dari zahiriah mereka nampak macam UMNO, tapi sebenarnya tidak, mereka pekat dengan darah hijau yang mengalir.

Soo, Mc harap semua berhati-hati dan jangan termakan dengan sebarang hasutan dan provokasi. Biasalah, dalam masa nak pilihanraya ni macam-macam boleh jadi.

Pada waktu sebegini la, ada orang nak tunjuk pandai, nak jadi hero, walaupun sebelum ni muka pun tak pernah nampak. Pada waktu ini juga la ada yang nak 'claim kredit' hasil orang lain. Selama 4 tahun orang lain buat kerja, orang lain yang sapu hasilnya.

Itu perkara biasa, musim pilihanraya macam-macam ada. Bagi Mc, lebih baik kita buat kerja sendiri, masing-masing ada tugas, laksanakannya dengan baik. Insyallah jika jentera semua berjalan lancar, kita tidak ada masalah untuk menang besar di Kedah.

Apa yang penting, waspada dari geng syaitan spender putih dikawasan masing-masing. Kalau dapat kesan geng spender putih ni, katok ja! Biar padan muka! ha ha ha..


Apa pun pada semua warga UMNO/BN di Kedah hatta seluruh Malaysia, selamat berjuang! Semoga Perjuangan Kita Diberkati oleh Allah SWT

McTheory:
Kurangkan kontroversi, Tingkatkan Prestasi!

1 ulasan:

Malaysian Cybertrooper berkata...

Salam tuan empunya blog,

Saya penyokong BN/UMNO tulen ek!
Mohon dipautkan blog saya ke blog tuan.

http://mycybertrooper.us.ms/feed/

Blog tuan dah pun saya pautkan di laman blog saya.

Terima kasih