Ahad, 21 September 2014

INFO! Pelantikan Ahli Lembaga Rayuan, Untuk Rakyat Kedah! #KedahSerataRata!


Hari ini berlangsung satu lagi peristiwa bersejarah buat negeri Kedah apabila berlangsungnya Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Kedah 2014 di Aras 6,Blok E,Wisma Darulaman, Alor Setar.

YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, MB Kedah sendiri yg mempengerusikan mesyuarat serta menyampaikan watikah pelantikan tersebut kepada 8 orang anak jati Kedah yg terpilih. Sambil ditemani bersama Exco PBT dan Perumahan,  YB Badrol Hisham.

Mereka yg terpilih untuk memikul amanah tanggungjawap tersebut adalah Dato Ahmad Zakiuddin Bin Harun yg terpilih sebagai Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Kedah,Tuan Ahmad Farid bin Haji Zakaria sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Kedah bersama 6 Ahli Lembaga Rayuan Negeri Kedah iaitu Dato Wira Haji Hashim bin Mat NoorDato Seraja Wangsa Dato Syed Azizan bin Syed Mohamad Al Idrus,Dato Wira Mahkota,Dato Wira Haji Ismail bin Hamid,Puan Ar. Hajjah Wan Fatimah binti Md Arshad,Encik Chin Len Chong dan Puan Aishah binti Abdullah.






Lembaga Rayuan Negeri Kedah ditubuhkan pada 21 Disember 2000 bagi tujuan untuk memberi orang awam peluang untuk mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan. Dalam tempoh 2001 - 2013 terdapat 53 kes rayuan yg telah didaftarkan di Lembaga Rayuan Negeri Kedah. Untuk memudah orang ramai memahami apa itu Lembaga Rayuan dan fungsinya,Lembaga Rayuan ini sebenarnya merupakan satu tribunal yg bertanggungjawap untuk mendengar,mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 iaitu :

1. Rayuan Terhadap Keputusan PBT.

2. Pembatalan dan Pengubahsuaian KM dan Kelulusan Pelan Bangunan serta Amaun Pembayaran Balik atau Pampasan Yg Ditawarkan Atau Dibayar.

3. Notis Rekuisi.

4. Perintah Pemeliharaan Pokok.

Tahniah buat semua yg terpilih. Selamat menjalankan tanggungjawap yg diamanahkan kepada kalian. Kepada rakyat Kedah,gunakanlah saluran Lembaga Rayuan Negeri Kedah ini seandainya kalian merasakan terkilan serta mahu merayu seandainya dikenakan apa-apa tindakan daripada PBT. Inilah saluran yg betul bagi kalian untuk mendapatkan pembelaan.

Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk di https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Tiada ulasan: