Rabu, 19 November 2014

#BajetKedah2015: Kenapa Nama Lapangan Terbang Antarabangsa #Kulim - @MukhrizMahatir


Adun Bandar Baharu mengulung Bajet Kedah 2015

Menjelaskan bahawa Kerajaan negeri sudah 41 kali membentangkan mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim kepada YAB PM , Menteri serta agensi berkaitan.

Bagi menunjukkan kerajaan negeri komited dalam pembinaan lapangan tsrsebut.

Adun Bandar Baru juga mengulas, kenapa,nama Kulim digunakan pada Lapangan Terbang Antarabangsa kedua di Kedah. ini sedangkan lokasinya di Sidam, beliau memberi contoh seperti KLIA, mengunakan nama Kuala Lumpur sedangkan lokasinya di Sepang. Ianya berkenaan branding.

Kulim Hitech antara kawasan industri yang terkenal didunia dan termaju di Malaysia. Hari ini Paksi Ekonomi bagi koridor utara hanya tertumpu di sekitar kawasan negeri Pulau Pinang sahaja,jadi melalui 6 projek ikonik yg dibentangkan di dalam Bajet Kedah 2015 ini, ianya dapat mengubah titik Paksi Ekonomi ke kawasan seperti Padang Terap,Sik, Kulim Bandar Baharu serta dapat menjana pelbagai kegiatan ekonomi kecil hasil daripada 6 projek ikonik yang dibentangkan.

Kedah adalah negeri pertama yang mempunyai Hospital Teknologi Hijau, bertempat di Laguna Sungai Petani.

YAB PM juga ada mengumumkan peruntukan sebanyak rm124 juta melalui SKMM untuk bangunkan internet di Langkawi, bagi penambahbaikan sistem telekomunikasi disana.

sumber www.mukhrizmahathirfc.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ibu Negeri Kedah mungkin akan pindah ke Kulim suatu hari nanti memandangkan tiada apa projek pembangunan besar di Alor Setar