Sabtu, 31 Mei 2014

BN MENANG!! #PRKTELUKINTAN!! TAHNIAH!!


Kejutan melampau.. BN MENANG PRK TELUK INTAN!!


Sent from Samsung Mobile

TERKINI!! Keputusan #PRKTelukIntan Semasa!



Akan diupdate dari masa kesemasa...


Sent from Samsung Mobile

HOT!! Pajero Pas Langgar Penunggang Motorsikal di #TelukIntan #PRKTELUKINTAN



Pajero PAS langgar penunggang motorsikal di Batu 9, Simpang 3 Jalan Bidor, Teluk Intan.

Kelam kabut nak pi mana taktau.. sampai langgar habis penduduk Kampung kat situ.

Busuk punya orang!

Sent from Samsung Mobile

TERKINI!! Pengundi India Dedah Rahsia Undi BN! #PRKTELUKINTAN #JOMUNDIMAH


Seorang pengundi India Appanah Butchiah , 77, bersama isterinya berkata mereka telah mengundi calon BN Datuk Mah Siew Keong, yang mereka rasa dapat membawa pembangunan ke Teluk Intan. "BN telah membantu golongan miskin, mereka membantu saya juga" kata beliau.


Sent from Samsung Mobile

HOT!! #PRKTelukIntan Jentera BN Buat Kecoh di #TelukIntan?




Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan UPDATE.

Telah berlaku salah faham melibatkan jentera BN dan lawan di oeti undi Changkat Jong.

Tengok gambar dibawah,







Nantikan update seterusnya nanti..

Jumaat, 30 Mei 2014

HOT!! Sorang Lagi Wakil Kaum Cina akan dilantik Sebagai Menteri! #PRKTELUKINTAN


PM Najib Razak sudah berjanji akan melantik calon BN sebagai Menteri wakil kaum cina dalam kerajaan jika beliau berjaya memenangi Pilihanraya kecik Teluk Intan.

Ini bukan janji kosong, ini janji yang dibuat oleh ketua kerajaan. Kalau kaum cina tolak lagi memang tak cerdik la.. buat apa pilih pompuan plastik? Bukan ada guna pun, baik pilih menteri insyallah parlimen Teluk Intan akan lebih terjamin.


Sent from Samsung Mobile

Khamis, 29 Mei 2014

HOT!! NGO-NGO Berbilang Kaum Tolak Politik Melampau!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #PRKTelukIntan


Semalam lebih kurang 150 orang mewakili 50 NGO di Kedah telah berhimpun di Hotel Swiss Inn bagi membantah keceluparan ADUN Seri Delima RSN Rayer.


Majoriti daripada 150 yang hadir semalam adalah terdiri daripada orang India dan Cina. Ini menunjukkan tindakan RSN Rayer memaki UMNO turut dibantah oleh kaum lain kerana perbuatan biadap RSN Rayer itu boleh menimbulkan provokasi yang negatif.

Jika selama ini kita ingat hanya orang UMNO dan Melayu saja yang marah. Tapi kali ni NGO-NGO berbilang kaum bangun menyatakan bantahan!

Betul la kata orang-orang tua, jika kita nak orang hormat kita, kita patut hormat orang dulu. Hidup kena bertolak ansur, barulah aman damai. Janganlah ditolak beransur-ansur sudah. he he..

Mari menolak politik melampau!!!

HOT!! Gambar Menarik Ds @MukhrizMahathir bersama Tok Guru Hj. Rahim di Pondok Bukit Jagung!! #HanyaDiKedah



Semalam Dato Seri Mukhriz Mahathir menziarahi Tok Guru Hj Rahim, Pondok Bukit Jagung, Pendang. YAB MB juga sempat menunaikan solat Isya di pondok tersebut bersama Tok Guru, pelajar dan beberapa orang kampung disana.


Di minta supaya beri tazkirah ringkas..

Kemudian dijamu dgn beriani kambing resepi istimewa Tok Guru di kediaman beliau. Untuk pengetahuan semua Tok Guru Hj. Rahim ni merupakan antara Tok Guru Pondok yang disegani di Kedah.



Tapi setahu Mc, Dato Seri MB selalu turun ke pondok-pondok diseluruh Kedah untuk berjumpa dan bertanya khabar dengan Tok Guru di pondok berkenaan.

Malah beliau juga meminta nasihat dari mereka untuk beliau terus menjadi pemimpin yang baik. Bukan mudah kita nak jumpa pemimpin minta Tok Guru nasihatkan mereka.

Pelik tapi benar MB Kedah ni..

McTheory:
Percayalah.. puak Pas tengah sakit kepala sekarang.. he he..

Rabu, 28 Mei 2014

#HOT!! Gambar Kereta Mewah Baru Ustaz Azhar Idrus.. huuyooo..!! #Kantoi


Ini bukan cerita nak dengki, perut busuk atau jaki dengan Ustaz ni. Tapi saja Mc sentuh sebab menyampah dengan drama swasta yang dah hampir basi bila Ustaz ni kantoi berkereta mewah. Dulu dia naik motor besar dan ferrari, tapi bila orang tanya, dia kata itu HAK kawan.

Tapi kereta putih ni hak kawan gak ka?

Pesanan Mc pada Ustaz, walaupun Mc ni tak sepandai Ustaz, tapi basic bab agama tu ada untuk bekalan ke akhirat. Orang bijak pandai macam Ustaz ni, sepatutnya tunjuk tauladan yang elok pada peminat dan pengikut Ustaz. Bukan asyik menipu sana-sini.

Kononnya turun ceramah tak dapat duit banyak, orang susah la, miskin la dan macam-macam lagi. Malah dalam keadaan kerajaan yang KEJAM (puak PR kata kerajaan BN kejam) ni pun, Ustaz boleh berkereta mewah, kalau tak kejam, silap2 Ustaz gi ceramah naik helikopter ja.

Dalam keadaan rakyat negara dikejami oleh kerajaan (kononnya) dia masih lagi boleh berkahwin anak dara untuk jadi bini ke 3.

Kalau tak KEJAM.. mau tiap-tiap tahun bertukar bini. he he he..

Cukup-cukuplah Ustaz.. takyah dok temberang dah.. tolonglah. Dosa dok berlakon dan menipu dengan rakyat Malaysia ni banyak dah..tak terampun nanti.

Mengaku saja la.. bukan salah pun.. he he..

PANASS!! Anak Muda Malaysia Bersama Hero Kedah Tawan Greenland!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Lapan penjelajah Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014 berjaya memuktamadkan ekspedisi di Hill 660 Kangerlusuaq dua hari lalu sekali gus menjadikan rakyat Malaysia sebagai kumpulan pertama dari Asia Tenggara merentasi pulau ais terbesar dunia itu.

Perjalanan sejauh 540 kilometer (km) diharungi lapan anak muda negara hanya mengambil 27 hari berbanding 30 hari anggaran perjalanan yang dijadualkan sebelum ekspedisi bermula.

Presiden Kelab Eksplorasi 7Benua (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, kumpulan penjelajah kini berada di Kangerlusuaq sehingga 30 Mei ini dan akan diterbangkan di Nuuk, Greenland sebelum berpelas ke Kuala Lumpur menerusi Bandaraya London pada 2 Jun ini.

Beliau berkata, kumpulan penjelajah negara dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8 pagi pada 3 Jun ini.

LAPAN penjelajah negara yang berjaya tiba di Hill 660 Kangerlusuaq, Greenland.

Kumpulan penjelajah memulakan ekspedisi pada 28 April lalu di Hans Gletche selepas menjalani latihan teknikal terakhir di Lambafill Blue Mountain atau Blafjoll dan Bandaraya Reykjavik, Iceland.

Video Ds Mukhriz bangga dengan kejayaan mereka.

Selasa, 27 Mei 2014

HOT!! Tipu Lagi? Dap Kutip Mana Calon Pompuan @Dyanasmd Haprak Ni? #PRKTelukIntan

Dyana dan ibunya bersama dengan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali.

Tapi Dyana Dap ni menafikan bahawa dia ada kena mengena dengan PERKASA. Tengok video kat bawah ni dulu..



Untuk menjadi calon ahli parlimen, paling penting ialah integriti seseorang pemimpin. Kalau takdak integriti, dan selalu menipu, lama-lama kelamaan, dah takdak orang yang akan percaya dia lagi.

Lihatlah macam mana si Dyana ni, dah kantoi menipu!

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama..Beliau telah mengirimkan e-mail yang isi kandungan nya seperti berikut :

Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008



Dyana dan ibunya ketika majlis AGM pertama Perkasa

PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153.
Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat;
Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.
Memperkasakan kaum Pribumi.
Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia.
Mempertahankan kedaulatan negara.

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA

Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa
Dato’ Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahar Johari

Baca selanjutnya di SINI

HOT!! Akhirnya Hadi Awang Tegur Calon Plastik Dap Berkenaan Isu Hudud! @Dyanasmd #PRKTELUKINTAN


Tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berhubung isu hudud disifatkan sebagai wajar dan tepat, kata Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed.


Dah kena belasah teruk-teruk, baru Hadi Awang nak tegur? Lambattt...

HOT! CCTV Dedahkan Pelajar Malaysia di Rogol di Bandung!


Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, akan dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.

"Dia akan pulang ke Malaysia hari ini," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan.

Katanya, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya dan dijadualkan berangkat pulang pada hari yang sama (Selasa).

Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Dibawah ini ialah rakaman CCTV yang menampakkan susuk tubuh pelajar Malaysia yang baru sudah di rogol.


Isnin, 26 Mei 2014

HOT!! Komen Tunku Aziz Mengenai Calon Plastik Dap! @Dyanasmd #PRKTELUKINTAN


Tunku Aziz seiring dengan kata-kata Tun Mahathir yang mana Dyana hanyalah 'window dressing' kepada Dinasti Lim. Syaitan DAP dua ekor ini menjadikan modal 'Melayu untuk jatuhkan Melayu' ini semua hasil ajaran Lee Kuan Yew.

Lee Kuan Yew menggunakan Othman Wok manakala Lim Guan Eng menjadikan Zairil (Cina yang berlakon melayu) dan Lim Kit Siang cuba 'rosakkan' Dyana Sofea.

Kini tiba masanya rakyat perlu pilih. Mahu boneka politik atau wakil rakyat?

Pilihanraya adalah untuk memilih siapa yang akan mewakili rakyat. Jika boneka yang dipilih maka hancurlah perkataan wakil rakyat kerana boneka hanya akan menjadi pak turut kepada sesetengan individu, bukan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Video bawah, mendedahkan lebih banyak penipuan calon pompuan plastik Dap ni.

INFO! Berita Baik Untuk Pesawah!! RM39.2 JUTA Wang Ehsan Dari Kementerian MOA Untuk Anda di #Kedah!! @IsmailSabri60 #Dsis #HanyaDiKedah


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan bantuan wang ihsan berjumlah keseluruhan RM39.2 juta kepada 5,447 pesawah, yang mengalami kerugian akibat kemarau dan tanah jerlus di Kedah dan Perlis.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata daripada jumlah itu, RM2.4 juta diperuntukkan kepada 1,570 pesawah membabitkan kawasan seluas 1,661.84 hektar, yang menghadapi masalah kawasan tanaman padi dilanda kemarau.

Beliau berkata, peruntukan selebihnya membabitkan RM36.8 juta pula diberikan kepada 3,877 peladang dengan kawasan seluas 6,962 hektar, yang mengalami masalah tanah jerlus sehingga dua musim penanaman padi mereka terpaksa dibatalkan bagi pemulihan kawasan itu melalui Program Pemulihan Tanah Jerlus.

“Bagi masalah kemarau, kerajaan memberikan wang ihsan sebanyak RM1,400 bagi setiap hektar kepada 1,570 pesawah, manakala bagi masalah tanah jerlus kita menyalurkan bantuan sebanyak RM2,645.50 sehektar bagi satu musim tanaman.

“Kita yakin dengan pelaksanaan Program Pemulihan Tanah Jerlus, masalah dihadapi petani sejak dua tahun lalu dapat diatasi, sekali gus mengelakkan kehilangan pendapatan yang dianggarkan bernilai RM105.2 juta setahun,” katanya kepada media selepas lawatan kerja di Kampung Bendang Raja, di sini, semalam.

Tabung khas bantu petani.

Ismail Sabri berkata, wang ihsan itu diperoleh daripada Tabung Bantuan Bencana Agro Makanan yang diwujudkan kementerian bagi membantu penternak, peladang dan nelayan yang dilanda bencana alam dengan peruntukkan keseluruhan tabung sebanyak RM10 juta pada peringkat awal.

Ismail berkata, kawasan tanaman padi yang dilanda kemarau meliputi 42 kawasan di bawah kendalian 10 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sehingga menyebabkan kehilangan hasil sebanyak 6,600 tan.

Katanya, dalam tempoh jangka panjang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai (PPSP) mengkaji mewujudkan telaga tiub bagi mengairi bendang yang kering akibat kemarau.

“Selain itu, kita juga akan membuat kajian bagi menyalurkan air dari Sungai Padang Terap yang jauhnya kira-kira 25 kilometer (km) ke Sungai Lampam bagi pembekalan air ke kawasan bendang di Pendang,” katanya.

Pelaksanaan program pemulihan tanah jerlus pula membabitkan pembinaan dan pembaikan sistem saliran dan mengembalikan semula kekuatan struktur tanah sawah dengan peruntukkan sebanyak RM11.42 juta melalui Rolling Plan 3 dan RM13.6 juta melalui peruntukkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Video dibawah menerangkan enam faedah melalui dana peladang,

HOT!! Video Ini Mendedahkan Calon Melayu Dap @Dyanasmd Hanyalah Plastik Semata!! #PRKTELUKINTAN


Muka kita tengok boleh la tahan, tapi disemuanya hanyalah palsu, plastik. Melayu jadi calon Dap, semestinya melayu tu ada masalah. Kalau bukan tak waras, tentu melayu tu samdol!

Macam ni rupa layak ke nak jadi Ahli Parlimen ni?



Cakap berbelit, tipu sana-sini. Tu baru jadi calon, kalau jadi ahli parlimen, takut-takut nanti, rakyat kena kencing selamber je dengan pompuan plastik ni.




HOT!! 'Coffee Book' Sebuah Buku yang mendedahkan segalanya? @IsmailSabri60 #Dsis



Kalau dilihat ada kulit luar, tentu ada yang agak, Dato' Sri Ismail Sabri menulis sebuah buku. Sedangkan, Dato' Sri Ismail Sabri sendiri pun  terkejut bila menerima buku yang bernama 'coffee book'. Buku apa agaknya tu? Hinggakan tuan punya badan sendiri pun tak tahu.

Buku tersebut sebenarnya telah diilhamkan untuk beliau sempena setahun perkhidmatan beliau dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.



Buku ini telah dihasilkan oleh setiausaha akhbar beliau bersama sama dengan kakitangan unit komunikasi dan menurut Dato' Sri Ismail Sabri, beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.

Selama setahun Dato' Sri Ismail menerajui Kementerian Pertanian, pelbagai penambah baikan untuk kemajuan para petani, penternak dan nelayan dilakukan dan baru baru ini beliau telah melancarkan jihad orang tengah yang dilihat mengambil kesempatan keatas para petani dengan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda hingga para petani berada dalam keadaan tertekan.

Tindakan jihad memerangi orang tengah sebenarnya mampu untuk memberi pendapatan yang tinggi kepada para petani, penternak dan nelayan dengan memasarkan sendiri hasil pertanian, penternakan dan tangkapan mereka.

Semoga segala daya usaha Dato' Sri Ismail akan membuahkan hasil dan mampu memberikan imbuhan lumayan kepada para petani.

Aminnn..

Ahad, 25 Mei 2014

INFO! #PRKTelukIntan Nak Pilih Pemimpin Ke Ratu Cantik?



Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera warga Anson.

Saya rasa terpanggil untuk menulis nukilan ini kerana saya dibesarkan di Teluk Intan. Walau pun kami sekeluarga berpolitik di kampung kami di Bagan Datok, saya dibesarkan di Taman Seri Setia, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan setelah bapa saya membeli sebuah rumah di situ pada tahun tujuh puluhan.

PRK parlimen Teluk Intan memberikan satu perspektif baru dalam politik negara apabila DAP meletakkan Dyana seorang calon muda melayu berusia 27 tahun. Dari sudut itu, sebagai seorang yang sukakan pembaharuan & proses peremajaan, saya mengalu-alukannya.

Saya juga tidak cenderung memanggil Dyana seorang pengkhianat kerana bertanding atas tiket DAP adalah hak & prerogatif beliau sebagai seorang rakyat Malaysia.

Walau bagaimana pun sebagai seorang anak tempatan, saya ingin mengingatkan diri saya & semua orang kampung saya bahawa pilihanraya bukanlah pertandingan ratu cantik mahu pun pertandingan populariti. Dari perspektif itulah pengundi-pengundi di Teluk Intan perlu rasional dalam membuat pemilihan. Yang perlu dipilih adalah seorang wakil rakyat yang perlu mewakili rakyat Teluk Intan secara efektif di dalam parlimen.

Maka pilihan yang terbaik harus dibuat. Dyana tidak dinafikan mempunyai personaliti yg menarik, namun secara ikhlas saya melihat bahawa beliau masih perlu melalui dahulu proses pengilangan sebagai seorang ahli politik. Usia beliau di dalam politik baru 2 tahun & saya melihat bahawa beliau belum cukup matang untuk mewakili rakyat Teluk Intan.

Beliau seperti dibonekakan oleh DAP. Jangan tersalah anggap dalam perkara ini kerana sebagai exco beliau negeri Perak, saya lah org yang pertama yang akan menyokong proses peremajaan dalam senario politik negara.

Saya menghormati beberapa pemimpin muda dalam DAP seperti Saudara howard Lee, ADUN Pasir Pinji yang mempunyai tahap intelektual yg tinggi. Namun perkara yang sama tidak dapat saya nyatakan tentang Dyana.

Dalam sidang akhbar & pengucapan umum pun beliau kelihatan begitu 'novice' & 'naive' termasuklah insiden bosnya, Lim Kit Siang yang terpaksa mengambil alih mikrofon daripada Dyana untuk menjawab soalan rakan media tentang kemungkinan apa yang berlaku kepada Yang Mulia Tungku Aziz mungkin akan berlaku kepada Dyana.

Dato Mah pula adalah seorang ahli politik yang berpengalaman. Seorang anak tempatan yg telah berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan sejak 1995 lagi sebagai ADUN Pasir Berdamar. Menjadi Ahli Parlimen selama 2 penggal & Timbalan Menteri.

Benar dia kelihatan tidak begitu menarik berbanding Dyana, tetapi sebagai seorang wakil rakyat, Dato Mah umpama langit & Dyana umpama bumi.

Saya berharap rakyat Teluk Intan tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mendapat seorang menteri penuh kerana secara konvensyennya seorang presiden parti komponen yang besar seperti parti GERAKAN akan dilantik sebagai menteri penuh.

"Dulu dia jadi Timbalan Menteri pun tak ada apa-apa" kata mereka. Sayugia diingatkan dengan rasa penuh hormat kepada semua Timbalan Menteri, terdapat perbezaan yang ketara antara jawatan menteri & timbalan menteri dari segi kuasa, jurisdiksi & barang harus diingat sebagai seorang menteri, Dato Mah akan berpeluang untuk bersama-sama dengan YAB PM & YAP TPM serta semua ahli kabinet yang lain setiap minggu dalam mesyuarat kabinet.

Bermakna suara & aspirasi rakyat Teluk Intan boleh disampaikan terus kepada YAB PM, TPN & kabinet pada setiap minggu.

Pengundi-pengundi Teluk Intan juga harus mengambil kira bahawa kemenangan DAP di Teluk Intan mahu pun di Bukit Gelugor tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada senario pemerintahan kerajaan persekutuan.

Malah mereka harus mengambil kira bahawa kalau semasa pru 13 mereka memilih DAP dengan harapan pakatan boleh menubuhkan kerajaan pusat & kerajaan negeri.

Namun hakikatnya pada hari ini adalah kedua-dua kerajaan pusat & negeri adalah kerajaan Barisan Nasional. Maka secara logik & rasionalnya.

Adalah lebih menguntungkan untuk Teluk Intan berada bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk memudah carakan lagi proses pembangunan sosioekonomi rakyat Teluk Intan apatah lagi dengan keberangkalian yang begitu besar untuk Dato' Mah dilantik sebagai seorang menteri penuh.

Berfikir & bertindaklah secara rasional pada 31hb mei ini kerana peluang keemasan ini bukan datang setiap masa & ketika. Slogan pakatan dalam PRU yang lalu seolah-olah memakan diri sendiri.....

Ini kalilah !!!!!

Nukilan:
Bro Shahrul Zaman Yahya
EXCO Belia negeri Perak.

Sabtu, 24 Mei 2014

HOT!! Oitt Dyana, Cukuplah Gadai Diri Tu.. Jangan Cuba Gadai #UiTM Pulak!! #PrkTelukIntan




Persatuan Alumni UiTM Malaysia menegaskan institusi itu tidak harus dijadikan bahan kempen politik seperti yang dilakukan pihak tertentu menjelang pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung persatuan itu, Shukri Ishak menarik perhatian bahawa setiap individu berhak dalam negara demokrasi memilih arus politik masing-masing.

“Tetapi jangan gunakan UiTM sebagai bahan kempen politik. Jangan babitkan UiTM. Setiap individu berhak membuat kenyataan tetapi biarlah yang benar dan ada bukti.

“Cakap sahaja untuk kempen politik tanpa bukti dan fakta tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan mendakwa UiTM mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada, berbanding penuntut daripada keluarga bukan berada yang tiada kaitan dengan Umno.

Dyana Sofya merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM.

Shukri berkata: “Dia (Dyana Sofya) hanya seorang daripada 600,000 alumni UiTM. Ramai (alumni) juga menjadi pemimpin parti lain daripada Umno.”

Mengulas lanjut, beliau berkata UiTM mempunyai program dipanggil ‘JPA/MARA/Petronas Pre-Overseas Programme’ yang membantu pelajar yang ditaja JPA termasuk berketurunan India dan Cina menjalani latihan antara setahun dan dua tahun sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.

Beliau berkata program yang diperkenalkan sejak 1980-an itu turut meliputi program A Level Jerman yang menyaksikan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti di Jerman.

“Ramai tidak tahu UiTM membantu pelajar bukan Bumiputera mendapat pendedahan melalui latihan selama setahun hingga dua tahun di UiTM sebelum mereka ke luar negara,” katanya berhubung program itu yang dibuat di Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec), yang merupakan sebahagian daripada UiTM.

Beliau menjelaskan Intec yang menawarkan pelbagai program, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan pensyarah UiTM.

“Saya yakin UiTM telah melatih lebih ramai anak bukan Bumiputera berbanding Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Tanya UTAR dan KTAR berapa ramai anak Melayu lulus dari tempat mereka,” tegas Shukri.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. - Alumni UiTM

INFO! Video Yang Perlu Semua Bangsa Melayu Hayati #PrkTelukIntan




Sejarah telah mencatatkan bahawa Bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang hebat dan maju satu ketika dahulu. Namun disebabkan wujudnya si kitol si kitol yang tamak kepada jawatan maka bangsa Melayu itu sendiri telah berpecah.

Tidak di nafikan bahawa sehingga ke hari ini telah banyak wujudnya si kitul-si kitul dalam bangsa Melayu sehinggakan ada anasir dari luar yang tidak suka kepada bangsa Melayu menggunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan bangsa Melayu di Tanah Air Sendiri.

Sekiranya keadaan sebegini berterusan berlaku.. Percayalah bahawa Bangsa Melayu akan merempat di tanah air sendiri.

Si kitol akan muncul dalam pelbagai rupa. Contohnya seperti dibawah,

INFO!! Jihad Memerangi Orang Tengah @IsmailSabri60 #Wira Petani dan Nelayan! #Dsis



Hari ini berlangsung sebuah program yang dinamakan sebagai Jihad Memerangi Orang Tengah sub sektor sayuran dan buahan di RTC Gopeng.

Perasmian program telah dilakukan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri yang juga disertai oleh pengerusi pengerusi agensi dan badan di bawah kementerian tersebut.



Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Tekun, Dato Hanidah Osman dan Pemgerusi FAMA , Tan Sri Badruddin serta dif dif kehormat dari kalangan pengarah dan pegawai kementerian.






Dalam ucapan YB Menteri, beliau mengayakan bahawa, kemiskinan para petani, penternak serta nelayan adalah berpunca daripada sikap orang tengah yang dilihat mengambil kesempatan serya keuntungan berlipat kali ganda hingga para petani berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan.




Oleh yang demikian, pihak Bank Pertanian serta TEKUN telah menyediakan dana pinjaman berjumlah RM 120 juta yang mana, bank pertanian telah memperuntukkan sebanyak RM 80 juta dan TEKUN pula sebanyak RM 40 juta.

Dalam pada itu juga, YB Dato' Sri Ismail Sabri melahirkan rasa kecewa dengan segelintir nalayan dan petani yang dilihat lebih selesa berurusan dengan orang tengah daripada menjual hasil mereka secara sendirian dan sekaligus menyebabkan kehidupan mereka makin terhimpit.

Dalam program Jihad Memerangi Orang Tengah ini, pihak TEKUN pula telah mengambil pendekatan dimana sekiranya nelayan atau petani yang telah terhutang dengan orang tengah, maka pihak TEKUN akan melunaskan hutang tersebut dan petani atau nelayan ini hanya akan berhutang dengan TEKUN dan membayar pinjaman tersebut dengan cara mudah.

Dato ' Sri Ismail Sabri mengatakan bagi nelayan, bayaran hutang hanya dikira apabila ada hasil tangkapan dan jika musim tengkujuh, tiada bayaran yang akan dikutip.

Begitu juga dengan petani, mereka akan membuat bayaran apabila hasil pertanian mereka sudah boleh dituai dan dipasarkan barulah hutang berkenaan dikutip oleh pihak TEKUN.

Pelbagai lagi bantuan daripada pihak kementerian dalam membantu meningkatkan taraf hidup para petani, penternak dan nelayan dalam negara disamping beberapa program lain yang dilihat mampu memberikan impak positif terhadap golongan sasar itu.

HOT!! Apa Pulak Ds @MukhrizMahathir Buat Kat Pasar Malam Ni? #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah



Semalam Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir turun walkabout di Pasar Malam Taman Nuri petang semalam, beliau beramah mesra dengan para pengunjung dan peniaga di situ.

Ternyata sambutan yang diterima oleh pemimpin mesra rakyat ini disambut baik oleh peniaga dan penduduk.

Rata-rata terkejut, kerana tak pernah ada seorang Menteri Besar turun ke Pasar Malam bersama mereka. Lebih-lebih lagi dalam keadaan yang tidak ada langsung protokol.

Layan gambar MB Kedah di Pasar Malam Taman Nuri,








Itu cerita semalam, pagi ni Dato Seri Mukhriz turun lagi, kalau semalam Dato Seri Mukhriz mengejutkan orang Taman Nuri, pagi ni beliau sekali lagi walkabout disekitar pekan hari, di Pokok Sena.

Ternyata pendekatan begini lebih berkesan dan lebih dekat dihati rakyat. Meluangkan masa bersarapan pagi dikedai kopi bersama penduduk tempatan.

Sambil berbual, penduduk disitu juga boleh mengutarakan masalah setempat utk beliau bawa ke agensi atau pentadbiran Kerajaan.

Layan apa yang terjadi pagi tadi,






















Selepas walkabout disekitar Pekan Hari, Dato Seri Mukhriz singgah sebentar melawat Adun Dato Mad Lebai yang baru kehilangan Ibundanya.




Dah habis kenduri di rumah Dato Mad Lebai, Dato Seri Mukhriz dibawa ke kedai kopi untuk meluangkan masa bersama orang kampung di sekitar sana.








Pelbagai reaksi secara terus yang diterima oleh Dato Seri Mukhriz. Jarang benar, dan belum ada Menteri Besar Kedah mampu melakukan sepertimana beliau lakukan.

Sepanjang kegiatan turun padang yang beliau lakukan ini, bermacam ragam yang kami sendiri saksikan. Ada yang tersengih bila melihat Dato Seri Mukhriz, ada yang tersenyum simpul, ada yang tak berkata-kata, terpaku. Namun bila seorang pemimpin turun padang macam ni, semestinya rakyat akan suka dan rasa ia akan lekat dihati sampai bila-bila.

Cara Dato Seri Mukhriz ni akan menjadi sejarah baru pemimpin Kedah. Siapa sangka, mungkin nanti bila orang tanya, MB Kedah mana yang paling disukai. Akan ada jawapan yang dan gelaran untuk Dato Seri Mukhriz. Tentulah.. MB mesra Rakyat!


McTheory:
Terbaik Dato Seri Mukhriz.. teruskan momentum ini..